Wednesday 14 January 2015

AGROBANK Memeterai Perjanjian Aplikasi As-Sidq



AGROBANK dan Sedania As Salam Capital menandatangani lesen sistem As Sidq yang memperkenalkan penggunaan kredit masa berbual untuk pembiayaan berlandaskan Islam di bank itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Wan Mohd Fadzmi Wan Othman berkata, As-Sidq yang merupakan prinsip sistem syariah Tawarruq dapat memudahkan kemudahan pembiayaan kepada pelanggan.

“Dengan matlamat untuk menjadi sebuah bank Islam pada tahun 2015, Agrobank akan melaksanakan sistem pembiayaan Islam bermula tahun ini.

"Ini termasuklah menyediakan produk yang mematuhi dan mengamalkan amalan syariah dalam kesemua perkhidmatan kami dengan harapan semua pelanggan kami, Islam mahupun tidak, dapat menikmati faedahnya," katanya.

Tawarruq merupakan produk berasaskan Islam yang membolehkan pelanggan untuk meningkatkan dana.

Dalam perdagangan Tawarruq, pembeli akan membeli komoditi daripada bank berdasarkan pelan pembayaran tertangguh dan seterusnya akan menjual kepada pasaran bagi mengumpul dana dengan serta-merta.

Penggunaan kredit masa berbual sebagai komoditi dapat mengurangkan isu kos dan penurunan tukaran asing.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Sedania As Salam Capital Halim Mohamed Dzin berkata, syarikat itu berharap dapat memperkenalkan As-Sidq kepada orang ramai kerana amat penting kepada pengguna terutamanya beragama Islam untuk mengetahui bagaimana pinjaman kewangan mereka dikendalikan.

"Kami faham kebimbangan berhubung isu halal dan dengan adanya As-Sidq, pengguna boleh menarik nafas lega," katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/as-sidq-sistem-patuh-syariah-1.253473

No comments:

Post a Comment