SALAM JUMAAT BARAQAH
SEDANIA AS SALAM CAPITAL
Laman Ilmu | As-Sidq
HUKUMAN RIBA
Imam An-Nawawi rh berkata :
“Telah Ijma" seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk
dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua
agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk
Al-Majmu’, 9/391 )
Adalah menjadi fenomena yang amat
malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah
tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas
al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.
1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW
Firman Allah SWT :
Ertinya : “Wahai orang-orang yang
beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba
sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya,
istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya”
(Al-Baqarah : 278
)
Dalam ayat ini jelas menunjukkan
bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki
riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi
peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.
Zahir ayat ini juga membayangkan
peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi
seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil enda akan hal ini.
|
Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata
:
Ertinya :“Akan dikatakan kepada
pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan
Allah SWT” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ;
Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah Abu Hanifah rh pula : “Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari,
Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata
:
Ertinya :“Telah ku membuka
lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa)
yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau
mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi,
3/364 )
Berkata Imam Qatadah rh :
Ertinya:“Allah
menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana
sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )
2. Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan |
Allah SWT berfirman :
Ertinya : “Allah menghancurkan
keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah”( Al-Baqarah :
276 )
Kehilangan berkat itu akan berlaku
di dunia dan di akhirat:-
·
Di Dunia : Bentuk-bentuk
kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang
dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah,
sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang
banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk
melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT,
hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba.
Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi,
khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (
Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar
al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a
:-
Ertinya : “Sesungguhnya Riba
walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada
sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim
mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari,
4/399 )
· Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas
r.a :
Ertinya : “Tidak diterima dari
pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya,
jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran,
Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
|
· 3. Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu,
Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan
ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim:
Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Lebih Berat dari 36 Kali Zina
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Satu dirham Riba
yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk
dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad ,
2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram
fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )
5. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :
Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa
hak, makan harta anak yatim,makan riba, lari dari medan
peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa
saksi adil)" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
|