Laman Ilmu | As-Sidq
Allah Perangi Pemakan Riba
Syeikh Syarawi berkata: Ayat ini merupakan
permasalahan alam yang dilupai serta lalai oleh kebanyakan manusia justeru
datang peraturan untuk memelihara satu golongan
daripada golongan yang lain. Peraturan ini tidak datang kecuali selepas adanya
golongan ahli riba yang menzalimi golongan fakir miskin yang lemah. Justeru
golongan miskin dan lemah ini sentiasa diambil kesempatan oleh golongan pemakan
riba. Lantas Allah menurunkan ayat ini.
Firman Allah: "Maka jika kamu tidak mengerjakan
(meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahawa Allah dan rasul-Nya akan
memerangimu"
An-Nasafi berkata: Allah izinkan peperangan dan
tidak menyebut dengan peperangan Allah dan Rasul-Nya tetapi dengan peperangan
daripada Allah dan Rasul-Nya kerana ini lebih kuat maknanya. Ini kerana makna
izin merupakan merupakan jenis daripada perang lebih besar di sisi Allah dan
Rasul-Nya dengan sebab itulah kabilah thaqif berkata kami tiada apa untuk
berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.
Al-Maghaghi berkata: Ayat ini menunjukkan sebagai
suatu isyarat kepada tiadanya kepatuhan terhadap perintah-perintah syarak
keluar daripadanya dan menghina dengan hukum-hukumnya. Justeru layaklah Allah
murka dan memeranginya dengan sebab memakan riba dan beliau menyatakan
penyaksian yang jelas menunjukkan sebesar-besar dalil atas kebenaran ini maka
banyaklah mereka yang memakan riba pada permulaan yang kaya berkesudahan dengan
meminta-minta kepada manusia.
Sayyid Qutub berkata: “Alangkah dahsyatnya
perisytiharan perang dari Allah dan rasul-Nya, iaitu satu peperangan yang harus
dihadapi jiwa manusia, satu peperangan yang ngeri memang diketahui akibatnya.
Sedangkan manusia yang lemah itu dapat bertahan di hadapan kekuatan Ilahi yang Maha Gagah yang
membawa kebinasaan dan kemusnahan itu”.
Rasulullah SAW itu memerintahkan gabenornya di
Mekah selepas turunnya ayat-ayat ini di masa kebelakangan supaya memerangi
keluarga al-Mughirah di sana jika mereka tidak berhenti menjalankan muamalah
dengan riba.
Sebelum ini beliau memerintahkan di dalam pidatonya
pada hari penaklukan Mekah supaya dihapuskan semua hutang riba di dalam
jahiliah, terutamanya hutang riba bapa saudaranya al-Abbas, daripada tanggungan
orang yang berhutang yang masih dipikul oleh mereka dalam satu tempoh yang lama
selepas Islam.
Sehingga masyarakat Islam menjadi matang dan kukuh
segala asasnya dan di waktu ini tibalah masanya bagi sistem ekonominya berubah
seluruhnya dari asas riba itu. Rasulullah SAW telah bersabda dalam pidatonya
ini: Seluruh (hutang) riba di dalam jahiliah adalah diletakkan di bawah dua
tapak kakiku ini (dihapuskan) dan awal-awal (hutang) riba yang aku letakkan
kakiku (hapuskan) ialah (hutang) riba al-Abbas.
Al-Imam atau pemerintah Islam - apabila dilantik
adalah berkewajipan memerangi golongan yang masih berdegil mengamalkan sistem
riba dan menyalahi perintah Allah walaupun mereka mengisytiharkan diri mereka
sebagai orang Islam sebagaimana Abu Bakar r.a memerangi golongan yang enggan
mengeluarkan zakat walaupun mereka mengucap dua kalimah syahadah serta
mendirikan solat. Sebabnya, seseorang yang enggan mematuhi syariat Allah dan
enggan melaksanakannya dalam realiti hidupnya bukanlah seorang muslim yang
sebenar.
Namun, perisytiharan perang oleh Allah SWT dan
Rasul itu membawa pengertian lebih luas daripada pengertian perang dengan mata
pedang dan meriam dari pihak pemerintah. Malah peperangan ini - sebagaimana
diumumkan oleh Allah SWT yang paling benar perkataan-Nya - adalah diisytiharkan
ke atas setiap masyarakat yang menjadikan riba sebagai asas ekonomi dan
sosialnya.
Peperangan ini dilancarkan dalam bentuknya yang
syumul dan merangkumi segala-galanya, iaitu peperangan yang menyerang saraf dan
hati manusia, peperangan yang menyerang keberkatan dan kemewahan, peperangan
yang menyerang kebahagiaan dan ketenteraman.
Peperangan yang dilancarkan Allah SWT yang membuat
penderhaka undang-undang dan peraturannya itu berperang satu sama lain,
peperangan, pengusiran dan pergaduhan serta kezaliman dan akhir sekali
peperangan bersenjata di antara bangsa-bangsa, di antara tentera-tentera dan
negara iaitu peperangan yang membawa kemusnahan akibat daripada sistem riba
yang terkutuk.
Bernyala Membakar
Pemakan-pemakan riba dari kaum kapitalis dunia
inilah yang menyalakan api peperangan itu sama ada secara langsung mahupun
secara tidak langsung.
Itulah peperangan yang tidak kunjung padam yang
diisytiharkan Allah ke atas golongan manusia yang bermuamalah dengan riba. Kini
peperangan itu sedang bernyala membakar segala yang hijau dan segala yang hijau
dan segala yang kering di dalam kehidupan manusia yang sesat, tetapi mereka
tidak sedar, malah mereka fikir mereka sedang mengaut keuntungan dan maju ke
depan setiap kali mereka melihat bukti-bukti barangan yang dikeluarkan oleh
kilang-kilang mereka.
Barangan yang dikeluarkan itu sepatutnya memberi
manfaat dan kebahagiaan kepada manusia andainya ia dihasilkan daripada sumber
yang bersih. Namun barangan tersebut terhasil daripada sumber riba yang kotor
yang hanya melambangkan timbunan sampah saraf yang mencekik pernafasan manusia
dan menghempapnya oleh para pemakan riba dunia yang tidak pernah merasa
kesakitan manusia yang terhempap di bawah timbunan barangan riba yang terkutuk
itu.
Firman Allah: Dan jika kamu bertaubat (dari
pengambilan riba), Maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak
(pula) dianiaya.
Ibn Kathir berkata: Dengan meletakkan nilai modal
yang asal menyebabkan tidak berlaku zalim menzalimi inilah penyelesaian Islam
berhubung dengan taubat daripada riba. Sedangkan An-Nasafi berpendapat mereka
yang berhutang tidak dikenakan bayaran lebih daripada hutangnya di samping
tidak dikurangkan hak pembeli hutang.
No comments:
Post a Comment