Tuesday 13 January 2015

MBSB guna Platform As-Sidq



Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bakal menggunakan platform As Sidq berlandaskan prinsip syariah Tawarruq bagi pembiayaan peribadi-i MBSB, menggantikan konsep Bai’Al’inah sedia ada.

Timbalan Presiden Kanan Bahagian Perniagaan Runcit, Azman Aziz berkata, platform itu akan diguna pakai sebaik sahaja sedia digunakan menjelang suku keempat tahun ini.


“Perjanjian ini adalah langkah penting untuk terus menawarkan perkhidmatan lebih baik khususnya kepada pelanggan pembiayaan peribadi-i. “Ia secara tidak langsung membantu kami mengurangkan kos operasi sehingga 75 peratus,” katanya selepas majlis menandatangani kerjasama platform As Sidq berkonsepkan Tawarruq bersama Idottv di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, perjanjian itu adalah selaras matlamat MBSB untuk menyokong aspirasi kerajaan bagi menyumbang dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat melalui program pembiayaan peribadi yang berpatutan.


Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor berkata, platform As Sidq itu menampilkan Sistem Akad menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), sekali gus meningkatkan  kecekapan kos operasi kerana ia bersifat mesra alam.
Katanya, platform itu juga mematuhi Piawaian Syariah Antarabangsa Pertubuhan Perakaunan dan pengauditan bagi institusi kewangan Islam (AAOIFI) bagi urus niaga Tawarruq dan Akademi Penyelidikan syariah  Antarabangsa bagi  kewangan Islam (SRA).


sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/mbsb-guna-platform-as-sidq-1.56103

No comments:

Post a Comment